IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan pada 5 Oktober dan 6 Oktober, tiga hari lebih awal.

Acara pembukaan telah diadakan perlawanan bowling pada 5 Oktober bertempat di Ipoh Parade. Acara telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Ariff Omar bagi pihak Pengarah BPT dan En. Mohd Sidi Daud, Pengarah JMG Negeri Perak. Perlawanan tiga penjuru ini berjalan dengan lancar dimana johan telah dimenangi oleh PPM diikuti oleh BPT dan JMG Perak.

Manakala pada keesokan hari pula telah diadakan acara senamrobik di hadapan Muzium Geologi dan diikuti oleh pertandingan ping-pong, dart dan congkak.

Congkak dimenangi oleh BPT, naib johan dimenangi oleh PPM seterusnya JMG Perak. Johan dan Naib johan Ping-pong dimenangi oleh BPT dan tempat ketiga dimenangi oleh JMG Perak. Acara dart pula dimenangi oleh PPM dan JMG Perak.

Makluman Terkini

Hari Sukan Negara 2016

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan...

Perlawanan Karom Persahabatan KSKBPT-Yayasan Perak

IPOH, 13 Oktober 2016:  Pada hari ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Perlawanan Karom Persahabatan bersama Yayasan Perak. Acara telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Presiden...

XPDC Gunung Suku, Simpang Pulai

Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Majlis Qorban/Aqiqah Kompleks JMG 2017

Makluman:  Kelab Sukan Dan Kebajikan akan menganjurkan Majlis Qorban/Aqiqah pada 4 September 2017. Sehubungan dengan itu, kepada semua kakitangan JMG Kompleks Ipoh yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam Qorban/Aqiqah,...