Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Gunung Suku yang terletak di Simpang Pulai, Perak mempunyai ketinggian 1797 meter dari paras laut merupakan antara gunung yang kerap didaki oleh penggemar aktiviti sukan mendaki. Terletak berhampiran jalan Simpang Pulai – Cameron Highland menjadikan gunung ini kerap didaki memandangkan lokasinya yang berhampiran dengan laluan utama ke Cameron Highland. Gunung Suku mengambil masa antara 3-4 jam mendaki dalam keadaan trek 70-80 darjah sangat menguji keupayaan peserta. Namun perkara itu bukan halangan malah semua peserta berjaya naik dan turun tanpa sebarang kecederaan dan implikasi lain.

Seramai 9 orang, 3 orang dari ahli kelab dan 6 orang jemputan luar terlibat dalam expedisi kali ini. Mereka terdiri dari:

1.       En. Mohd Fahami Bin Abas
2.       Pn. Nazilah Bt Ahmad Nazri
3.       Cik Nur Hasanah Bt Hilal
4.       En. Mohamad Faizal Azrin Bin Mohd Amin Soo
5.       En. Mohammad Janntun Naim Bin Mohd Noor
6.       Cik Nafishah Binti Ahmad Nazri
7.       En. Amir Asyraf Bin Mohamad
8.       En. Mohamad Rizan Bin Atan
9.       Cik Nur Aizah Binti Rosli

 
 

Makluman Terkini

Hari Sukan Negara 2016

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan...

Perlawanan Karom Persahabatan KSKBPT-Yayasan Perak

IPOH, 13 Oktober 2016:  Pada hari ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Perlawanan Karom Persahabatan bersama Yayasan Perak. Acara telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Presiden...

XPDC Gunung Suku, Simpang Pulai

Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Majlis Qorban/Aqiqah Kompleks JMG 2017

Makluman:  Kelab Sukan Dan Kebajikan akan menganjurkan Majlis Qorban/Aqiqah pada 4 September 2017. Sehubungan dengan itu, kepada semua kakitangan JMG Kompleks Ipoh yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam Qorban/Aqiqah,...