IPOH, 20 Julai 2018:  Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) buat julung-julung kali telah mengadakan Kursus Asas Memanah sebagai sebahagian daripada aktiviti kelab. Kursus telah diadakan pada 20 Julai 2018, bertempat di Surau Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Ipoh.

Seramai 30 peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus ini. Peserta telah diperkenalkan dengan jenis-jenis busur dan panah dan cara penjagaan serta berpeluang mencuba sendiri. Di akhir sesi, peserta dibawa ke aktiviti berlawan panah. Walaupun hujan turun dengan lebat pada hujung sesi, perlawanan tetap diteruskan.

Galeri: http://www.kskbpt.com/index.php/2014-10-30-17-13-16/2014-10-30-17-24-46/87-galeri-kursus-asas-memanah

Makluman Terkini

Hari Sukan Negara 2016

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan...

Perlawanan Karom Persahabatan KSKBPT-Yayasan Perak

IPOH, 13 Oktober 2016:  Pada hari ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Perlawanan Karom Persahabatan bersama Yayasan Perak. Acara telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Presiden...

XPDC Gunung Suku, Simpang Pulai

Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Mesyuarat Agung KSKBPT Ke-14

IPOH, 13 Jun 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk kali ke 14. Seperti biasa, Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden kelab...

Majlis Qorban/Aqiqah KSKBPT-KKR JMG Perak

IPOH, 4 September 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi JMG Perak telah mengadakan Majlis Qorban/Aqiqah bersama. Program seumpama ini pernah diadakan secara tiga...