Kelab Sukan Dan Kebajikan BPT menyediakan kemudahan Bilik/Rumah untuk disewa secara harian atau bulanan pada harga yang amat rendah. Terdapat dua buah rumah bunglo 2 tingkat dengan masing-masing terdapat tiga bilik dan dua bilik.

Boleh menempatkan 4 hingga 6 orang dewasa. Toto disediakan jika diperlukan dengan dikenakan caj dobi RM10.00 bagi setiap helai toto.

Dilengkapi dengan kemudahan:
1.   Peti ais
2.   TV disetiap bilik
3.   Sofa di ruang tamu
4.   Sterika
5.   Cerek Elektrik
6.   Mesin basuh
7.   Kipas angin
8.   WIFI (akan datang)

Lokasi adalah berdekatan dengan Kompleks Utama JMG Ipoh dan bersesuai kepada mereka yang mempunyai urusan di pejabat ini dan sekitarnya. Juga dilengkapi dengan surau bersebelahan dengan Rumah Kelab. Kemudahan-kemudahan lain adalah seperti kedai makan dan kedai runcit, Stesyen Bas dan pusat beli belah utama seperti Jaya Jusco, Tesco, Giant, Parkson. Kepada mereka yang berminat untuk bermain air, boleh ke Lost World Of Tambun, Bandar Sunway yang jaraknya 3 km dari rumah ini. Pengunjung boleh melawat Muzium Geologi hanya beberapa meter sahaja dari rumah kelab secara percuma.

 

 

Makluman Terkini

Hari Sukan Negara 2016

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan...

Perlawanan Karom Persahabatan KSKBPT-Yayasan Perak

IPOH, 13 Oktober 2016:  Pada hari ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Perlawanan Karom Persahabatan bersama Yayasan Perak. Acara telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Presiden...

XPDC Gunung Suku, Simpang Pulai

Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Kursus Pengurusan Jenazah (Lelaki)

Kursus Pengurusan Jenazah (Lelaki)

Mesyuarat Agung KSKBPT Ke-14

IPOH, 13 Jun 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk kali ke 14. Seperti biasa, Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden kelab...