Program Sekampit Beras 2019 IPOH, 27 Mei 2019: Kelab telah mengadakan Program Sekampit Beras sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini. Ini merupakan program kali kedua seumpanya yang telah diadakan sejak tahun 2018. Program bertujuan untuk mengumpulkan barang-barang makanan untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal dan pesakit kritikal sekitar Bandaraya Ipoh. Keutamaan diberikan kepada bekas-bekas pesara JMG untuk meneruskan ukhwah persaudaraan. Antara mereka yang dikunjungi adalah En. Rashid Ismail (pesakit kanser), Pn. Natrah Semperna (pesakit kanser), En. Bada@Wahab (pesakit kanser), En. Mat Som Hairom (Strok), En. Othman Bahari (pesakit jantung) dan beberapa orang lagi ibu tunggal.