Iftar Ramadhan 2019 IPOH, 29 Mei 2019: Kelab telah menganjurkan Program Iftar Ramadhan pada tahun 2019. Pada tahun ini kelab membuat sedikit kelainan dari tahun-tahun sebelumnya. Ini merupakan pertama kali kelab menganjurkan di luar jabatan iaitu di Restoran De Polo, Ipoh. Program telah diisikan dengan acara penyampaian sumbangan anak yatim kepada anak-anak Pn. Nurul Husna Ismayatim dan penyampaian zakat kelab kepada asnaf zakat iaitu En Hafbullah. Program berjalan lancar dan cukup meriah sekali.