Bermula dari tahun 2004, bila mana Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dimansuhkan. Pertukaran nama jabatan dari Jabatan Penyiasatan Kajibumi kepada Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menyebabkan kelab yang lama tidak lagi boleh diteruskan dan ditubuhkan satu kelab yang baru yang dinamakan Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal.
Pencapaian demi pencapaian telah diraih oleh kelab sepanjang penubuhan sehingga ke hari ini. Dalam bidang sukan kelab telah berjaya mencungkil ramai pemain-pemain yang berjaya mewakili jabatan di dalam MAKSAK Perak dan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE).
ALAMAT
Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak. No. Telefon: 05-5406000.
Kemudahan Kepada Ahli
Pada awal penubuhan, sumber kewangan kelab adalah dari kutipan yuran ahli semata-mata. Hasil pemikiran inovatif Ahli Jawatankuasa yang dilantik, kelab telah mula maju dengan mengambil alih urusan membekalkan makan-minum mesyuarat dan kursus di jabatan, menubuhkan KIOSK BPT dan RUMAH KELAB BPT, menaikkan yuran ahli serta membuat potongan yuran ahli menerusi BIRO ANGKASA. Hasilnya kelab telah dapat bergerak lebih jauh dengan mengadakan lebih banyak aktiviti sukan dan rekreasi kepada ahli.
Kelab juga sudah mampu memberikan banyak kemudahan kepada ahli-ahli seperti bantuan kepada yang bersara, bertukar, berpindah, berkahwin, menyambut kelahiran, masuk hospital, kematian ahli dan keluarga ahli, bantuan kepada anak-anak ahli yang berjaya di dalam peperiksaan besar, menunaikan haji dan umrah serta menyambut menantu. Kelab juga mampu menyediakan bantuan segera berbentuk kewangan sebanyak RM1500.00 kepada ahli yang memerlukan bantuan kewangan.
Terima kasih kepada semua ahli yang memberikan sepenuh kerjasama dalam usaha memajukan kelab dan juga kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Tanpa mereka, kelab tidak mampu berdiri seperti hari ini.
"BERSATU PERKASA TERBILANG"