Kursus Asas Memanah IPOH, 20 Julai 2018: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) buat julung-julung kali telah mengadakan Kursus Asas Memanah sebagai sebahagian daripada aktiviti kelab. Kursus telah diadakan pada 20 Julai 2018, bertempat di Surau Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Ipoh. Seramai 30 peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus ini. Peserta telah diperkenalkan dengan jenis-jenis busur dan panah dan cara penjagaan serta berpeluang mencuba sendiri. Di akhir sesi, peserta dibawa ke aktiviti berlawan panah. Walaupun hujan turun dengan lebat pada hujung sesi, perlawanan tetap diteruskan. Galeri: