IPOH, 13 Julai 2018:  Sekali lagi Kelab Sukan Dan Kebajikan telah menganjurkan Jamuan Hari Raya 'Idilfitri bagi tahun 2018. Sambutan dijalankan dengan begitu meriah, kreatif dan mengujakan di bawah pengurusan Jawatankuasa Kelab yang baru.

Penganjuran jamuan hari raya pada tahun ini terdapat sedikit kelainan dari tahun-tahun sebelumnya, di mana jawatankuasa telah menjemput bekas-bekas kakitangan JMG yang telah bersara dari jabatan ini. Tema pada tahun ini ialah 'Garden' dan bagi memenuhi tema tersebut, acara telah dibuat di Padang Makmal dengan dihiasi backdrop taman, bunga-bungaan serta sebuah buaian.

Sambutan pada tahun ini merupakan yang paling meriah sejak kelab ditubuhkan. Tahniah serta terima kasih kepada semua Jawatankuasa Penganjur serta AJK-AJK yang terlibat di dalam menjayajan sambutan ini.

 

Makluman Terkini

Hari Sukan Negara 2016

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan...

Perlawanan Karom Persahabatan KSKBPT-Yayasan Perak

IPOH, 13 Oktober 2016:  Pada hari ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Perlawanan Karom Persahabatan bersama Yayasan Perak. Acara telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Presiden...

XPDC Gunung Suku, Simpang Pulai

Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Mesyuarat Agung KSKBPT Ke-14

IPOH, 13 Jun 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk kali ke 14. Seperti biasa, Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden kelab...

Majlis Qorban/Aqiqah KSKBPT-KKR JMG Perak

IPOH, 4 September 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi JMG Perak telah mengadakan Majlis Qorban/Aqiqah bersama. Program seumpama ini pernah diadakan secara tiga...