Mesyuarat Agung KSKBPT Kali ke-9 (25 Mei 2012) telah membuat beberapa ketetapan berhubung dengan kemudahan ahli:
1. Kadar sumbangan kepada keluarga ahli yang dimasukkan ke hospital melebihi 2 hari dinaikkan dari RM 15.00 kepada RM 30.00 (kadar tuntutan: sekali dalam setahun sahaja)
2. Kadar sumbangan atas kematian ahli yang dinaikkan dari RM 50.00 kepada RM 100.00.
3. Kadar sumbangan atas kematian keluarga ahli yang dinaikkan dari RM 30.00 kepada RM 50.00.
4. Ahli yang akan mengadakan majlis Perkahwinan Anak / Menyambut Menantu akan menerima sumbangan sebanyak RM 50.00 (Baru)
 
KEMUDAHAN AHLI

BIL TUJUAN NILAI SUMBANGAN (RM)
Kemudahan Umum
 1 Bersara / Bertukar / Berpindah Pejabat 50.00
 2 Perkahwinan Pertama 50.00
 3 Kelahiran Anak Pertama 30.00
 4 ****Kelahiran Anak Kedua Dan Ketiga (10 April 2013) 30.00
 5 *Kemasukan Ke Hospital (2 hari / lebih) Bagi Ahli
(Pindaan Pertama, 2012)
50.00
 6   *Kemasukan Ke Hospital (2 hari / lebih) Bagi Keluarga Ahli
(Pindaan Pertama, 2012)
 30.00
 7  Kematian Ahli (Pindaan Pertama, 2012)  100.00
8  Kematian Keluarga Ahli (Pindaan Pertama, 2012)  50.00
 9  Mengahwinkan Anak / Menyambut Menantu
(Perkara Baru, 2012)
 50.00
 10 *Sumbangan mengerjakan haji atau umrah (10 April 2013) 100.00
 11 ***Sumbangan kepada ahli veteran (10 April 2013) 50.00
     
Sumbangan Kecemerlangan Pelajar (Untuk Anak Ahli)
 12  **UPSR (Minimum 4A)  40.00
 13 **PMR (Minimum 6A)    60.00
 14 **SPM (Minimum 7A)  80.00
 15 **STPM, STAM (Minimum 4A)  100.00
 16 **Matrikulasi Tahun Akhir (Minimum CGPA 3.5) 100.00
     
Bantuan Segera
 17 Bantuan Segera (Pindaan Pertama, 2010) 1000.00
     
 Keistimewaan-keistimewaan Lain
 18  Diskaun pembelian di Kiosk BPT, Yuran Penyertaan bagi aktiviti-aktiviti anjuran KSKBPT    Sehingga 15% 
19 Diskaun Penginapan Rumah Kelab BPT    Sehingga 10%
20 Bayaran Yuran Penyertaan Sukan, Elaun Makan bagi Temasya Sukan


Semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan umum:
1. Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang-borang yang disediakan. (Muat Turun Borang)
2. Permohonan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa kelab.
3. Ahli-ahli perlu menjelaskan yuran bulanan kelab terlebih dahulu.
4. * - Hanya boleh dituntut sekali sahaja dalam setahun
5. ** - Hanya boleh dituntut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh keputusan peperiksaan.
6. *** - Ahli MESTI berumur 55 tahun ke atas, telah menjadi ahli melebihi 9 tahun dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan kebajikan daripada kelab pada tahun sebelumnya.
7. **** - Tuntutan anak kedua dan ketiga dikira selepas 1 Januari 2013.

 

Makluman Terkini

Hari Sukan Negara 2016

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan...

Perlawanan Karom Persahabatan KSKBPT-Yayasan Perak

IPOH, 13 Oktober 2016:  Pada hari ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Perlawanan Karom Persahabatan bersama Yayasan Perak. Acara telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Presiden...

XPDC Gunung Suku, Simpang Pulai

Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Majlis Qorban/Aqiqah Kompleks JMG 2017

Makluman:  Kelab Sukan Dan Kebajikan akan menganjurkan Majlis Qorban/Aqiqah pada 4 September 2017. Sehubungan dengan itu, kepada semua kakitangan JMG Kompleks Ipoh yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam Qorban/Aqiqah,...