Kiosk BPT telah didirikan pada tahun 2008 yang lalu. Tujuan adalah untuk menyediakan kemudahan jualan barangan keperluan pengguna dan cenderamata bagi meningkatkan kewangan kelab. Buat masa ini Kiosk diletakkan dibawah kendalian Biro Ekonomi yang diketuai oleh Bendahari Kehormat sendiri.
 
Antara barangan jualan di sini termasuk pakaian seperti jaket, t-shirt, topi, tuala mandi dan tuala muka, barangan cenderamata seperti key-chain, tie pin, name tag, pen. Barangan lain yang diperlukan seperti banner, alat tulis dan sebagainya. Terkini Kiosk menjual makanan kesihatan seperti vitamin dan sebagainya.
 
Kelab juga menyedikan perkhidmatan bayaran bil seperti bil-bil utiliti, cukai tanah dan pintu, bayaran balik pinjaman pendidikan, kad kredit. Terbaru, kiosk menyediakan sebuah TV untuk kegunaan peniaga-peniaga yang berminat untuk mempromosikan produk mereka kepada kakitangan JMG.

 

PRODUK-PRODUK KIOSK BPT

Barangan Pakaian Dan Cenderamata:

  1. Pakaian Korporat JMG
  2. T-shirt JMG dan Muzium Geologi
  3. Topi
  4. Name Tag JMG

 

Bayaran Bil-bil Utiliti:

  1. Bil TNB, LAP, TM, ASTRO, CELCOM, MAXIS dsb
  2. Bil Cukai Tanah & Cukai Pintu

 

 

Promosi Di Kantin BPT

Promosi melalui TV yang disediakan di Kantin BPT. Beroperasi setiap hari bekerja dengan bayaran yang rendah.

 

Makluman Terkini

Hari Sukan Negara 2016

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan...

Perlawanan Karom Persahabatan KSKBPT-Yayasan Perak

IPOH, 13 Oktober 2016:  Pada hari ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Perlawanan Karom Persahabatan bersama Yayasan Perak. Acara telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Presiden...

XPDC Gunung Suku, Simpang Pulai

Simpang Pulai, 5 Februari 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) di bawah anjuran Biro Rekreasi telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Suku sebagai aktiviti pembuka tahun 2017 .

Kursus Pengurusan Jenazah (Lelaki)

Kursus Pengurusan Jenazah (Lelaki)

Mesyuarat Agung KSKBPT Ke-14

IPOH, 13 Jun 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk kali ke 14. Seperti biasa, Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden kelab...